Tuesday, February 16, 2010

KOPI CAP SONGKOK

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia!

Saya dengan berbesar hati dan bangganya ingin berkongsi satu produk kopi yang sudah lama terkenal di negeri Kedah. Kopi Cap Songkok (Kopi Cap Kepiah Melayu), satu jenama yang tidak asing lagi bagi rakyat negeri Kedah dibuat turun-temurun oleh keluarga Allahyarham Pak Hj. Yatim. Operasi kilang kopi yang berada di Kuala Pegang, Baling, Kedah telah di sambung oleh anakanda beliau sehingga hari ini.

Serbuk Kopi Pak Yatim (Cap Kepiah Melayu) ini diproses daripada biji kopi yang terpilih, dicampur dengan gula putih, marjerin, biji lenga dan sedikit garam. Tidak ada campuran bahan-bahan yang lain di dalamnya. Rasanya seimbang dengan harganya. Jika anda ingin merasai nikmat kopi yang sebenar, silalah cuba!!!

Saya ialah pengedar bagi daerah Perak Tengah. Bagi peniaga-peniaga kedai runcit, boleh menghubungi saya untuk mendapatkan bekalan kopi istimewa ini. Bagi pelanggan-pelanggan yang ingin mencuba kopi ini, dapatkan di kedai-kedai runcit terpilih di seluruh Perak Tengah.
Bagi mereka yang tinggal di luar kawasan, anda boleh dapatkannya secara online. Saya sedia menghantarnya melalui pos laju atau courier mengikut pilihan anda. Kos penghantaran ditanggung oleh anda.

Harganya yang berpatutan dan kompetetif pasti membuat anda ingin membelinya. Harga bagi pek kecil (80gm) cuma RM1.00 dan pek sederhana (180gm) cuma RM2.30.

Apa tunggu lagi, marilah merasai kenikmatan kopi sebenar dengan Kopi Cap Kepiah Melayu!!!

No comments:

Post a Comment